Wednesday, March 25, 2009

His sad story....

Namanya....Asin.Bayangkan hidup seorang anak kecil yang baharu berusia 2 tahun telah kehilangan seorang bapa.Sepatutnya hidup pama masa ini adalah hidup yang bahagia kerana adanya bapa yang memenuhi segala keperluan yang kita kehendaki.Namun....,semua itu hanyalah mimpi baginya kerana yang hanya dapat dia nikamati adalah pekik,hina,ejek dan penangan dari seorang lelaki yang bernama bapa tiri.Bukan main lagi dulu janjinya ketika ingin menakluki hati ibunya menjaga mereka dengan tenaga yang ada.Tapi...janji manis nak bawa kemana......
Pada umur 9thn dia telah bekerja memotong getah.Dia hanya dibenarkan balik bila tenaganya diperlukan.Itu pun nak tidur terpaksa tidur di dalam kandang babi.Orang kampung tak dapat nak membantu apa2.Hanya diam membisu.Makanan......hanya lah nasi yang basi dan sepatutnya makanan itu untuk babi dikandang tapi...yang makan makanan itu adalah seorang budak.
Ok.....sekarang pula.....
Budak yang aku maksudkan adalah bapa kandung ke sendiri sekarang ini.Semasa kematian datuk tiriku itu....bapa ku langsung tak nak datang melihatnya untuk kali terakhir.Dengar khabar dari orang kampung.....kematiannya amat menyeksakan.Dia asyik mencari bapa ku untuk meminta maaf.Sampai akhirnya terpaksa pergi tanpa menunaikan hasratnya.Selepas kematiannya.....rohnya tidak aman sehinggakan rumah dihantui oleh rohnya.
Balasan kepada yang terhina hidupnya kerana melakukan perkara yang berdosa.Bayangkan ini hanyalah kerana dosa menyeksakan seorang anak.Apa lagi kalau dosa yang besar seperti membunuh??????Dapatkah diampuni?????

Friday, March 20, 2009

My dream.....

Mimpi ngeri yang amat mengerikan.......pasti semua pernah merasakan mimpiiiii yang sebegini....Tapi pernah tak anda mimpi kemudian mimpi anda menjadi kenyataan????Saya pernah dan bukan kadang2 tetapi sering kali berlaku.Mimpi saya bukanlah yang romantik atau happy ending story......tapi mimpi saya berkaitan dgn kematian sesorg.......Bagi saya ianya amat menakutkan.....
Pernah sebulan perkara tersebut berlaku....saya bermimpi tentang sorg nenek yang sama kampung dgn saya dilanggar motosikal didepan saya ketika keluar dari gereja......sebulan kemudian mimpi yang saya anggap mainan tidur selama ini berlaku.Mmg dihadapan saya sendiri.Saya juga amat teingin nak tahu kenapa saya diberi mimpi yang sebegini.....
Pernah juga saya bermimpi abg kawan baik saya meninggal disebuah rumah.....seminggu kemudian mmg dia meninggal dirumah sewanya tanpa diketahui org dan kwn2nya....mayatnya berbau busuk....
Sampai sekarang saya fobia nak tidur malam bila menenang kan mimpi yang akan saya alami.....Pernah juga saya menyatakan perkara ini kepada mama saya namun dia kata itu hanya mainan tidur sahaja.Betulkahhhhh?????Atau ada perkara yang disebaliknya yang ingin disampaikan oleh sesuatuuuuuu........
Saya juga pernah terfikir bahawa kemungkinan perkara ini ada kaitan dgn kepakaran yang mendiang nenek saya.Nenek saya adalah bidan.Dia juga pandai mengubati penyakit budak yang baru lahir.Pernah dibagitahu oleh mam yang nenek pernah mengubati penyakit kaki baby bengkok ke belakang.Sekarang ini...kaki budak tersebut bukan sahaja baik tapi normal seperti budak biasa.......